Wednesday, January 28, 2009

Januari oh Januari

assalamualaikum semua..my last update was on 16/01/2009..kalau tak silap lah..ni pun hampir2 nda dapat update sebab telupa email sendiri.. nasib wf ingat..hari ni sepatutnya hari gembira c luqman..hehe..cerita luqman continues..ya lah sepatutnya hari ni dia buka simen tangannya..aku n wf pun tumpang hepi sebab boleh la luqman pegi sekolah nanti..akan tetapi.....bila dah buka ja..pembantu perubatan tu kata dengan berat hati.."berkemungkinan dia (luqman) kena masuk wad"...semua ni gara2 wayar yang menyambungkan tulang siku luqman tu terbenam completely dlm siku luqman..sepatutnya kepala wayar tu terkeluar sikit untuk memudahkannya dikeluarkan dari sikunya...tapi entah macmana wayar tu langsung terbenam..aku punya angin masa tu..dalam kepala aku tiada lain mesti kecuaian semasa jahit bedahan atau masa simen...luqman mcm biasa bila dengar dan paham dia kena masuk wad lagi..teriak kesayuan la apa lagi...aku paham..trauma ba dia tu..perasaan aku masa tu memang geram..geram sama the so called doctor..expert..whatever..memanglah benda ni nampak mcm kecik..tapi kesan psikologi sama c luqman tu yang buat aku panas...kira memalukan jua lah doktor malaysia buat kerja macm ni...pembedahan taklah sebesar mana, tapi silly mistake yang diorang buat dah menyusahkan luqman, aku dan family...aku ada jumpa Dr Ahmad to get second opinion and his advise was to proceed treatment at the hospital likas..maknanya kena admitkan si Luqman untuk proses pembedahan kecil untuk keluarkan wayar dari sikunya..bius lagi..cucuk urat tangan lagi..silap2 kena tidur di wad lagi...sabar ja lah..

kisah kedua..

Dalam kehangatan dan semangat tinggi aku n wife mengurus rumah baru kami, kami dikejutkan dengan satu perkara yang juga menghairankan...lepas urus tangan luqman dan hantar ke rumah mentua, aku n wf pegi ke Sabah Electricity Sdn Bhd untuk memohon meter letrik..bila di semak, pegawai SESB tu kata diorang blum boleh terima permohonan kami sebab, Pemaju yang juga merupakan salah satu GLC, baru sahaja memohon untuk mendapatkan kelulusan SESB bagi maksud bekalan letrik untuk Fasa 1B tempat rumah aku tu..yang memusykilkan aku, perumahan tu dah keluar SIjil Menduduki (OC) atau CF..certificate of fitness..maknanya taman perumahan tu dah fit untuk diduduki/didiami...mcmdan letrikana OC/CF tu boleh keluar kalau letrik pun baru mau apply sama SESB...bayaran terakhir dari institusi pembiayaan aku..5% adalah bayaran bagi maksud pengeluaran OC/CF...mcmana aku mau diami rumah sedangkan letrik pun belum lulus...dalam pemahaman aku, rumah yang dah dikeluarkan CF/OC ni, sepatutnya dah dapat kelulusan penuh bagi bekalan kemudahan asas spt air dan letrik..bila aku tanya bila boleh daftar permohonan untuk letrik..the SESB officer kata proses kelulusan permohonan Pemaju tu perlu endosmen dari 3 jabatan..dia nda sebut pun jabatan apa yang terbabit...one thing yang aku terfikir..pembeli rumah mcm aku ni dalam situasi begini terasa macm kena "tipu"/perdaya oleh Pemaju. Hanya dengan menunjukkan OC/CF yang diterima dan menuntut bayaran terakhir 5% (lebih kurang RM9,800.00 dalam kes aku) ianya boleh dikategorikan jatuh dalam kesalahan jenayah seksyen 420 Kanun Keseksaan (jenayah Tipu). Kalau aku buka repot kat ofis, confirm buka kertas siasatan ni..DBKK ni pun satu..keluarkan OC/CF sesuka hati tanpa periksa perumahan tu dah apply bekalan letrik ke belum...diorang ni memang cari pasal....we'll see what happen next...!!! (11.47pm-28/01/09)

No comments:

Post a Comment