Friday, January 16, 2009

Dugaan Januari

Sejak tragedi yang berlaku pada Luqman,aku selalu berdoa agar tiada lagi perkara nda baik yang akan berlaku pada semua familyku..sebagai hamba, kita hanya berdoa, segalanya Tuhan yang tentukan. Kali terakhir aku log on dalam blog ni,c Luqman masih tidur dalam keadaan tangannya yg bersimen tu tergantung.hampir seminggu aku tak update blog ni, so now i am updating it.

11/1/2009- Kebanjiran, bos!!!

Dalam jam 7.30 pm, Aku,abg mi (iparku), kedua mentuaku dan adik iparku (wana) mau pegi kenduri potong rambut cucu ustaz mukhlis di petagas. Masa tu hujan dari petang, sampai di jejambat karamunsing,kenderaan jammed,jalan naik air, kami sempat lari ikut jalan Mktab Gaya, tapi naik air juga, so patah balik masuk jalan bukit bendera, malangnya tanah runtuh menyebabkan pokok tumbang, pusing balik,balik likas terus..cancel pegi kenduri.sampai rumah kelaparan,makan ja apa yg ada.

Dalam jam 11pm aku pegi rumah di inanam untuk melihat English Premier League, Man Utd v. Chelsea...sampai jam 2.30am (12/1/2009) aku di inanam dan nada sia-sia sebab MU menang 3-0 ke atas Chelsea. Actually, subuh nanti aku kena gi Airrport KK sebab nak outstation ke sandakan. Wife yang hantar..dalam jam 6am.

12/1/2009-

Jam 7.30am aku dah dalam kapal, cuaca nampak ok.aku pegi berdua dengan khairul izwan (rakan sekerja) yang merupakan pegawai penyiasat kes yang aku bawa di sandakan tu. taklah boring sangat, borak tak henti2. tiba2 kena announce dah nak landing..senang hati dah ni...tak pasal2 kapal tiba2 mendongak naik ke atas, engine kapal pun bunyi kuat gila,aku dan khairul berpandangan suspen...rupanya kat sandakan angin kuat, tak boleh landing..so berpusing2 lah kami di awan dalam 15 minit, lepas tu baru selamat dapat landing..sampai di airport, ada dah kawan tunggu, bawa gi Mahkamah sandakan. hari ni tugas aku memohon agar pertuduhan kes terhadap seorang pegawai kanan KPDN di tarik balik atas arahan Peguam kanan persekutuan (bos unit aku paling tinggi). of course lah hepi dia kan..aku tak berapa ada perasaan la, tapi kalau kes ni proceed bicara aku rasa banyak masalah akan timbul sebab aku tau apa yang sebenarnya berlaku semasa tempoh siasatan. so, nasib dia lah kan.mungkin ini satu pengajaran untuk dia, ataupun peluang yang Tuhan kasi untuk dia pikir balik apa-apa kesalahan yang mungkin dia dah lakukan tapi nda kedapatan. Selesai semua, aku dan khairul check in di Tyng garden hotel, sandakan. Cuaca memang mnyeramkan kalau aku kena naik kapal lagi masa begini..khairul ada kasitau yang bos KPDN yang kami lepaskan tadi nak buat kenduri kesyukuran malam tu dan jemput kami sekali..aku kata kat khairul 'tak nak aku'...gila ke aku nak datang kenduri tu..jadi tohmahan ja nanti..so khairul pun sependapat dgn aku..so kami pun reject dgn baik atas alasan yang masuk akal la kan.. kerja kami ni memang sensitif dan boleh mambahayakan diri kami sendiri kalau tak hati-hati especially kalau berkaitan dengan orang2 yang ada kuasa.thats why ramai kata keja mcm aku ni, orang tak suka nak bkawan. bagi aku, tak ramai kawan takpa, senang aku nak buat keja aku..

13/1/2009-

jam 8am kami dah gi airport sandakan nak balik kk.. kami sampai kk jam 9.30am kami sampai, cikgu zul dan norzie dtg ambik naik keta ofis dan kami terus gi Mahkamah KK sebab aku ada satu kes untuk ambik Judgment..kes ni memang aku tunggu2 judgmentnya sebab...ini adalah kes yang aku handle bicara dari awal, depan hakim paling digeruni, Puan Su Pang Lian, bicara kes ni ja makan 30 hari lebih kurang, saksi 62 orang, dokumen ada 100 lebih,pegawai penyiasat ada 5 orang..dan kes ni pernah berlanjutan sampai malam. Judgment kes ni ja kena tangguh 4 kali dan akhirnya hari ni adalah harinya.

Bagi siapa yang pernah baca suratkhabar bertarikh 14/1/2009 diruangan berita Mahkamah, ianya ada dilaporkan. tapi secara ringkas lah aku share sikit faktanya..kes ni melibatkan seorang pegawai Pendidikan daerah Gabungan Beaufort yang telah menggunakan LPO kerajaan dan invois kontraktor dan dia mengesahkan bahawa perkhidmatan pengangkutan telah dilaksanakan atau disempurnakan sepenuhnya sedangkan dia tahu tiada perkhidmatan pengangkutan dibuat. Mahkamah mensabitkan kesalahannya dengan kesemua pertuduhan iaitu 10 pertuduhan. Hkuman secara kolektif penjara 5 tahun dan denda RM464,000.00 dengan bayaran 12 bulan instalmen.maknanya dia kena bayar rm38k lebih kalau tidak dapat bayar penjara lagi..dahsyat kan??!

Sebagai pegawai pendakwa yang bertanggungjawab membicarakan dia di Mahkamah, aku selalu rasa serba salah..aku nda menyesal sebab aku yakin memang dia buat dengan niat jahat..cuma kadang2 tu sebagai manusia,suami dan ayah kepada keluarga ku, aku sedar betapa terjejasnya kehidupan setiap Tertuduh yang aku telah berjaya sabitkan kesalahan diorang...Dalam kes aku ni, setakat yang aku tahu, dia nda mampu bayar denda dan aku terpaksa masukkan dia dalam penjara sementara keluarganya mencari wang untuk bayar denda.Bayangkan lah setiap 13hb selama 11 bulan dia kena bayar RM38k lebih ke mahkamah untuk pastikan dia nda meringkuk di penjara. walau apa pun perasaan aku, aku kena yakin bahawa selagi Tertuduh dibicarakan mengikut perbicaraan yang adil, aku nda perlu rasa gusar setiap kali keputusan. Biarpun ada yang memuji atas setiap keputusan yang aku menang, aku tahu ianya bukan suatu yang sepatutnya dibanggakan secara melampau...apa yang penting, iktibar atas apa yang telah terjadi.Sememangnya rasuah bukan jenayah seperti bunuh, rompak dan lain2 tapi bila seseorang disiasat atas kesalahan rasuah, kesannya lain sikit...

yang pasti, aku mahu mengajak sesiapa yang baca ruangan ini,cubalah baca jenis-jenis kesalahan rasuah yang ada dalam akta suruhanjaya pencegahan rasuah dan cuba pahami agar kalian dalam menjalankan tugas tu nda terlibat dalam apa2 perlakuan yang termasuk dalam kategori kesalahan rasuah. org kata mencegah lebih baik dari mengubati, aku memang setuju betul dengan pepatah tu. walaupun bila dah kena tuduh, mungkin boleh lepas, tapi kesan perbicaraan yang selalunya panjang akan menjejaskan kehidupan.Percaya lah...banyak sudah yang ku lihat..masa ditangkap gemuk, bila masa bicara kurus,high blood..macm2..ada yang bercerai berai sebab tekanan dari masyarakat..bukan semua masyarakat tahu undang2..biasanya seseorang yang dituduh, belum dibuktikan bersalah di mhkmah, telah pun dihakimi oleh public..itulah dilema pesalah kes rasuah. Aku sedia jelaskan apa-apa kemusykilan ,kalau ada, berkaitan rasuah ni.mana lah tau. aku cuba lah from time to time, explain dalam blog ni kesalahan2 yang selalunya dilakukan oleh kakitangan awam.

15/1/2009

aku terima sms dari abg alongku..hasil keputusan darah mak, menunjukkan buah pinggang nya rosak..aku tergamam jua lah..dalam jam 10am, aku kol mak dan mak kasitau nda mau kena tahan dalam hospital..kalau ikut kata doktor klinik kesihatan putatan tu mak dah kena jalani rawatan haemodialisis..abg along aku kata nak jumpa doktor tu untuk dapatkan keterangan selanjutnya.

petang tu, abg along aku tak dapat pegi jumpa doktor, adik aku jai yg bawa mak jumpa balik doktor tu.menurut c jai, doktor akan buat satu lagi pemeriksaan darah untuk make sure, kalau keputusan darah mak sama juga, baru lah tindakan selanjutnya akan diambil. aku tau mak nda mau tinggal di hospital, siapa yang nak kan??tengoklah nanti mcmana..kalau rawatan haemodiallisis..kami adik beradik kena cari jalan untuk beli mesin tu..buat masa ni berdoa dulu..

Hari ni juga aku bawa luqman review tangannya di HQE.kata doktor blum boleh buka simen.cuma buka jahitan bedah di siku..misteri window tu aku dah paham,rupanya window tu untuk buka jahitan. tapi dalam kes luqman,window yang dibuat tu tidak ngam dengan tempat sebenar jahitan,so kena grind lagi simen luqman dan luqman pun berteriak nangis, bukan kesakitan tapi ketakutan.selesai buka jahitan, window tu kena tutup dgn simen. maka besarlah simen luqman lagi. next review date is on 28th Jan 2009.

16/1/2009

satu berita yang mengembirakan bagi tahun ni mungkin berkaitan dengan rumahkami di taman putera perdana yang boleh diambil kunci sudah.semua bayaran dah settle.TPPT pula yang hutang kitaorg dalam rm300 lebih, lebihan booking fees yang kami bayar rm1k dulu.

Stelah hampir 2 minggu kami tidur di rumah mentua aku di likas, akhirnya kami balik ke inanam dan tidur di inanam.Sekarang sedang nak fikir bila nak pindah ke Putra perdana tu..of course bayk nak buat...

17/1/2009

stelah sekian lama tak buka blog akhirnya terbuka juga lah blog ni..baca blog wife..alamak..ada dedication..thank to u too..my dear..sama2 tah tani memahami k..mana yang termampu abg buat,InsyaAllah...dari tani ja tu..

sekarang dah dekat jam 11am..c luqman tengah mengaji dengan ustaz Ahmad..dah 2 minggu cuti tak mengaji..isnin ni pun Luqman akan start sekolah.buat masa ni, pemergiannya ke sekolah st agnes akan dihantar sendiri oleh aku atau wife atau mentua...tapi isnin ni aku yang buat semua tu..selasa nanti aku kena gi Lahad datu sampai 22hb Jan, lepas tu ke tawau. balik kk 23hb...beginilah perjalanan kerja ku...

No comments:

Post a Comment