Wednesday, January 28, 2009

Januari oh Januari

assalamualaikum semua..my last update was on 16/01/2009..kalau tak silap lah..ni pun hampir2 nda dapat update sebab telupa email sendiri.. nasib wf ingat..hari ni sepatutnya hari gembira c luqman..hehe..cerita luqman continues..ya lah sepatutnya hari ni dia buka simen tangannya..aku n wf pun tumpang hepi sebab boleh la luqman pegi sekolah nanti..akan tetapi.....bila dah buka ja..pembantu perubatan tu kata dengan berat hati.."berkemungkinan dia (luqman) kena masuk wad"...semua ni gara2 wayar yang menyambungkan tulang siku luqman tu terbenam completely dlm siku luqman..sepatutnya kepala wayar tu terkeluar sikit untuk memudahkannya dikeluarkan dari sikunya...tapi entah macmana wayar tu langsung terbenam..aku punya angin masa tu..dalam kepala aku tiada lain mesti kecuaian semasa jahit bedahan atau masa simen...luqman mcm biasa bila dengar dan paham dia kena masuk wad lagi..teriak kesayuan la apa lagi...aku paham..trauma ba dia tu..perasaan aku masa tu memang geram..geram sama the so called doctor..expert..whatever..memanglah benda ni nampak mcm kecik..tapi kesan psikologi sama c luqman tu yang buat aku panas...kira memalukan jua lah doktor malaysia buat kerja macm ni...pembedahan taklah sebesar mana, tapi silly mistake yang diorang buat dah menyusahkan luqman, aku dan family...aku ada jumpa Dr Ahmad to get second opinion and his advise was to proceed treatment at the hospital likas..maknanya kena admitkan si Luqman untuk proses pembedahan kecil untuk keluarkan wayar dari sikunya..bius lagi..cucuk urat tangan lagi..silap2 kena tidur di wad lagi...sabar ja lah..

kisah kedua..

Dalam kehangatan dan semangat tinggi aku n wife mengurus rumah baru kami, kami dikejutkan dengan satu perkara yang juga menghairankan...lepas urus tangan luqman dan hantar ke rumah mentua, aku n wf pegi ke Sabah Electricity Sdn Bhd untuk memohon meter letrik..bila di semak, pegawai SESB tu kata diorang blum boleh terima permohonan kami sebab, Pemaju yang juga merupakan salah satu GLC, baru sahaja memohon untuk mendapatkan kelulusan SESB bagi maksud bekalan letrik untuk Fasa 1B tempat rumah aku tu..yang memusykilkan aku, perumahan tu dah keluar SIjil Menduduki (OC) atau CF..certificate of fitness..maknanya taman perumahan tu dah fit untuk diduduki/didiami...mcmdan letrikana OC/CF tu boleh keluar kalau letrik pun baru mau apply sama SESB...bayaran terakhir dari institusi pembiayaan aku..5% adalah bayaran bagi maksud pengeluaran OC/CF...mcmana aku mau diami rumah sedangkan letrik pun belum lulus...dalam pemahaman aku, rumah yang dah dikeluarkan CF/OC ni, sepatutnya dah dapat kelulusan penuh bagi bekalan kemudahan asas spt air dan letrik..bila aku tanya bila boleh daftar permohonan untuk letrik..the SESB officer kata proses kelulusan permohonan Pemaju tu perlu endosmen dari 3 jabatan..dia nda sebut pun jabatan apa yang terbabit...one thing yang aku terfikir..pembeli rumah mcm aku ni dalam situasi begini terasa macm kena "tipu"/perdaya oleh Pemaju. Hanya dengan menunjukkan OC/CF yang diterima dan menuntut bayaran terakhir 5% (lebih kurang RM9,800.00 dalam kes aku) ianya boleh dikategorikan jatuh dalam kesalahan jenayah seksyen 420 Kanun Keseksaan (jenayah Tipu). Kalau aku buka repot kat ofis, confirm buka kertas siasatan ni..DBKK ni pun satu..keluarkan OC/CF sesuka hati tanpa periksa perumahan tu dah apply bekalan letrik ke belum...diorang ni memang cari pasal....we'll see what happen next...!!! (11.47pm-28/01/09)

Friday, January 16, 2009

Dugaan Januari

Sejak tragedi yang berlaku pada Luqman,aku selalu berdoa agar tiada lagi perkara nda baik yang akan berlaku pada semua familyku..sebagai hamba, kita hanya berdoa, segalanya Tuhan yang tentukan. Kali terakhir aku log on dalam blog ni,c Luqman masih tidur dalam keadaan tangannya yg bersimen tu tergantung.hampir seminggu aku tak update blog ni, so now i am updating it.

11/1/2009- Kebanjiran, bos!!!

Dalam jam 7.30 pm, Aku,abg mi (iparku), kedua mentuaku dan adik iparku (wana) mau pegi kenduri potong rambut cucu ustaz mukhlis di petagas. Masa tu hujan dari petang, sampai di jejambat karamunsing,kenderaan jammed,jalan naik air, kami sempat lari ikut jalan Mktab Gaya, tapi naik air juga, so patah balik masuk jalan bukit bendera, malangnya tanah runtuh menyebabkan pokok tumbang, pusing balik,balik likas terus..cancel pegi kenduri.sampai rumah kelaparan,makan ja apa yg ada.

Dalam jam 11pm aku pegi rumah di inanam untuk melihat English Premier League, Man Utd v. Chelsea...sampai jam 2.30am (12/1/2009) aku di inanam dan nada sia-sia sebab MU menang 3-0 ke atas Chelsea. Actually, subuh nanti aku kena gi Airrport KK sebab nak outstation ke sandakan. Wife yang hantar..dalam jam 6am.

12/1/2009-

Jam 7.30am aku dah dalam kapal, cuaca nampak ok.aku pegi berdua dengan khairul izwan (rakan sekerja) yang merupakan pegawai penyiasat kes yang aku bawa di sandakan tu. taklah boring sangat, borak tak henti2. tiba2 kena announce dah nak landing..senang hati dah ni...tak pasal2 kapal tiba2 mendongak naik ke atas, engine kapal pun bunyi kuat gila,aku dan khairul berpandangan suspen...rupanya kat sandakan angin kuat, tak boleh landing..so berpusing2 lah kami di awan dalam 15 minit, lepas tu baru selamat dapat landing..sampai di airport, ada dah kawan tunggu, bawa gi Mahkamah sandakan. hari ni tugas aku memohon agar pertuduhan kes terhadap seorang pegawai kanan KPDN di tarik balik atas arahan Peguam kanan persekutuan (bos unit aku paling tinggi). of course lah hepi dia kan..aku tak berapa ada perasaan la, tapi kalau kes ni proceed bicara aku rasa banyak masalah akan timbul sebab aku tau apa yang sebenarnya berlaku semasa tempoh siasatan. so, nasib dia lah kan.mungkin ini satu pengajaran untuk dia, ataupun peluang yang Tuhan kasi untuk dia pikir balik apa-apa kesalahan yang mungkin dia dah lakukan tapi nda kedapatan. Selesai semua, aku dan khairul check in di Tyng garden hotel, sandakan. Cuaca memang mnyeramkan kalau aku kena naik kapal lagi masa begini..khairul ada kasitau yang bos KPDN yang kami lepaskan tadi nak buat kenduri kesyukuran malam tu dan jemput kami sekali..aku kata kat khairul 'tak nak aku'...gila ke aku nak datang kenduri tu..jadi tohmahan ja nanti..so khairul pun sependapat dgn aku..so kami pun reject dgn baik atas alasan yang masuk akal la kan.. kerja kami ni memang sensitif dan boleh mambahayakan diri kami sendiri kalau tak hati-hati especially kalau berkaitan dengan orang2 yang ada kuasa.thats why ramai kata keja mcm aku ni, orang tak suka nak bkawan. bagi aku, tak ramai kawan takpa, senang aku nak buat keja aku..

13/1/2009-

jam 8am kami dah gi airport sandakan nak balik kk.. kami sampai kk jam 9.30am kami sampai, cikgu zul dan norzie dtg ambik naik keta ofis dan kami terus gi Mahkamah KK sebab aku ada satu kes untuk ambik Judgment..kes ni memang aku tunggu2 judgmentnya sebab...ini adalah kes yang aku handle bicara dari awal, depan hakim paling digeruni, Puan Su Pang Lian, bicara kes ni ja makan 30 hari lebih kurang, saksi 62 orang, dokumen ada 100 lebih,pegawai penyiasat ada 5 orang..dan kes ni pernah berlanjutan sampai malam. Judgment kes ni ja kena tangguh 4 kali dan akhirnya hari ni adalah harinya.

Bagi siapa yang pernah baca suratkhabar bertarikh 14/1/2009 diruangan berita Mahkamah, ianya ada dilaporkan. tapi secara ringkas lah aku share sikit faktanya..kes ni melibatkan seorang pegawai Pendidikan daerah Gabungan Beaufort yang telah menggunakan LPO kerajaan dan invois kontraktor dan dia mengesahkan bahawa perkhidmatan pengangkutan telah dilaksanakan atau disempurnakan sepenuhnya sedangkan dia tahu tiada perkhidmatan pengangkutan dibuat. Mahkamah mensabitkan kesalahannya dengan kesemua pertuduhan iaitu 10 pertuduhan. Hkuman secara kolektif penjara 5 tahun dan denda RM464,000.00 dengan bayaran 12 bulan instalmen.maknanya dia kena bayar rm38k lebih kalau tidak dapat bayar penjara lagi..dahsyat kan??!

Sebagai pegawai pendakwa yang bertanggungjawab membicarakan dia di Mahkamah, aku selalu rasa serba salah..aku nda menyesal sebab aku yakin memang dia buat dengan niat jahat..cuma kadang2 tu sebagai manusia,suami dan ayah kepada keluarga ku, aku sedar betapa terjejasnya kehidupan setiap Tertuduh yang aku telah berjaya sabitkan kesalahan diorang...Dalam kes aku ni, setakat yang aku tahu, dia nda mampu bayar denda dan aku terpaksa masukkan dia dalam penjara sementara keluarganya mencari wang untuk bayar denda.Bayangkan lah setiap 13hb selama 11 bulan dia kena bayar RM38k lebih ke mahkamah untuk pastikan dia nda meringkuk di penjara. walau apa pun perasaan aku, aku kena yakin bahawa selagi Tertuduh dibicarakan mengikut perbicaraan yang adil, aku nda perlu rasa gusar setiap kali keputusan. Biarpun ada yang memuji atas setiap keputusan yang aku menang, aku tahu ianya bukan suatu yang sepatutnya dibanggakan secara melampau...apa yang penting, iktibar atas apa yang telah terjadi.Sememangnya rasuah bukan jenayah seperti bunuh, rompak dan lain2 tapi bila seseorang disiasat atas kesalahan rasuah, kesannya lain sikit...

yang pasti, aku mahu mengajak sesiapa yang baca ruangan ini,cubalah baca jenis-jenis kesalahan rasuah yang ada dalam akta suruhanjaya pencegahan rasuah dan cuba pahami agar kalian dalam menjalankan tugas tu nda terlibat dalam apa2 perlakuan yang termasuk dalam kategori kesalahan rasuah. org kata mencegah lebih baik dari mengubati, aku memang setuju betul dengan pepatah tu. walaupun bila dah kena tuduh, mungkin boleh lepas, tapi kesan perbicaraan yang selalunya panjang akan menjejaskan kehidupan.Percaya lah...banyak sudah yang ku lihat..masa ditangkap gemuk, bila masa bicara kurus,high blood..macm2..ada yang bercerai berai sebab tekanan dari masyarakat..bukan semua masyarakat tahu undang2..biasanya seseorang yang dituduh, belum dibuktikan bersalah di mhkmah, telah pun dihakimi oleh public..itulah dilema pesalah kes rasuah. Aku sedia jelaskan apa-apa kemusykilan ,kalau ada, berkaitan rasuah ni.mana lah tau. aku cuba lah from time to time, explain dalam blog ni kesalahan2 yang selalunya dilakukan oleh kakitangan awam.

15/1/2009

aku terima sms dari abg alongku..hasil keputusan darah mak, menunjukkan buah pinggang nya rosak..aku tergamam jua lah..dalam jam 10am, aku kol mak dan mak kasitau nda mau kena tahan dalam hospital..kalau ikut kata doktor klinik kesihatan putatan tu mak dah kena jalani rawatan haemodialisis..abg along aku kata nak jumpa doktor tu untuk dapatkan keterangan selanjutnya.

petang tu, abg along aku tak dapat pegi jumpa doktor, adik aku jai yg bawa mak jumpa balik doktor tu.menurut c jai, doktor akan buat satu lagi pemeriksaan darah untuk make sure, kalau keputusan darah mak sama juga, baru lah tindakan selanjutnya akan diambil. aku tau mak nda mau tinggal di hospital, siapa yang nak kan??tengoklah nanti mcmana..kalau rawatan haemodiallisis..kami adik beradik kena cari jalan untuk beli mesin tu..buat masa ni berdoa dulu..

Hari ni juga aku bawa luqman review tangannya di HQE.kata doktor blum boleh buka simen.cuma buka jahitan bedah di siku..misteri window tu aku dah paham,rupanya window tu untuk buka jahitan. tapi dalam kes luqman,window yang dibuat tu tidak ngam dengan tempat sebenar jahitan,so kena grind lagi simen luqman dan luqman pun berteriak nangis, bukan kesakitan tapi ketakutan.selesai buka jahitan, window tu kena tutup dgn simen. maka besarlah simen luqman lagi. next review date is on 28th Jan 2009.

16/1/2009

satu berita yang mengembirakan bagi tahun ni mungkin berkaitan dengan rumahkami di taman putera perdana yang boleh diambil kunci sudah.semua bayaran dah settle.TPPT pula yang hutang kitaorg dalam rm300 lebih, lebihan booking fees yang kami bayar rm1k dulu.

Stelah hampir 2 minggu kami tidur di rumah mentua aku di likas, akhirnya kami balik ke inanam dan tidur di inanam.Sekarang sedang nak fikir bila nak pindah ke Putra perdana tu..of course bayk nak buat...

17/1/2009

stelah sekian lama tak buka blog akhirnya terbuka juga lah blog ni..baca blog wife..alamak..ada dedication..thank to u too..my dear..sama2 tah tani memahami k..mana yang termampu abg buat,InsyaAllah...dari tani ja tu..

sekarang dah dekat jam 11am..c luqman tengah mengaji dengan ustaz Ahmad..dah 2 minggu cuti tak mengaji..isnin ni pun Luqman akan start sekolah.buat masa ni, pemergiannya ke sekolah st agnes akan dihantar sendiri oleh aku atau wife atau mentua...tapi isnin ni aku yang buat semua tu..selasa nanti aku kena gi Lahad datu sampai 22hb Jan, lepas tu ke tawau. balik kk 23hb...beginilah perjalanan kerja ku...

Saturday, January 10, 2009

11 Jan 2009

Ahad..seawal selepas subuh dalam jam 6.15am, aku memulakan langkah nak pergi beriadhah..buka pintu rumah mentua ja,ada 2 kereta block kereta aku..malas nak kacau ipar2 aku yang mungkin masih tidur..aku ambil keputusan untuk berjalan kaki dari rumah likas ke taman riadhah diekat kompleks sukan..perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke kompleks.aku melalui teluk likas..punya lah kotor sebahagian kawasan taman teluk likas tu.memang payah nak ubah perangai orang ramai..yang pasti memang la ada orang DBKK yg akan bersihkan tapi bagi yang datang lebih awal untuk bersenam,memang nda best..aku terus berjalan sambil mata ku tertumpu kepada surutnya air laut..suspen lagi..mana tau kan..tapi perasaanku saja ba itu..Fobia..sampai di taman kompleks aku just pusing satu round jalan cepat,teringat masa kawad training dulu..lepas saatu round aku buat sikit streching , pijak batu urut bebarapa pusingan, lepas tu jalan kaki lagi untuk balik pulak.kali ni aku jalan ikut stadium bola likas, tembus ke SMK Shan tao,singgah petronas beli 100 plus, sambung jalan.masa ni, kaki aku dah mula lenguh especially lutut.makin dekat rumah makin penat,tapi tahan ja lah..sampai rumah, lega........peha pun rasa keras semacam..nak makan sarapan pun tak berapa nak selera tapi habis jua lah 2 keping tumpi cicah kari ikan...

semalam, sabtu..ada majlis kesyukuran hari jadi 2 orang anak buah, ijan (anak bg mie-abg wife aku) dan akila (anak c Lan, juga abg wife aku)..juga kesyukuran buat luqman yang dah semakin ok... lepas majlis, biras ku abg hashim promo Alpha Lipid...dia dah jadi stokis...beriya2 dia promote untuk aku cuba susu Formula Alpha Lipidnya..aku ni memang banyak hidden penyakit tapi yg paling ketara resdung..bersin,gatal mata..tensionnya..tapi aku blum beli lagi lah susu tu..memang mau try..malam tadi duit aku pun blum withdraw...nak bayar pakai apa...??19hb nanti gaji..masa tu mungkin aku beli...mulut aku ni pulak ada ulser,sikit ja tapi sakitnya..sakit hati..punya lah lemah iman..baru kena cuba sikit..dah mengeluh mcm nak mati..tapi memang nda selesa hidup.

aku dan wife memang ter excited betul siang kemarin (sabtu) bila dapat surat dari pemaju perumahan TPPT yg buat rumah aku di Taman Putra perdana tu..surat tu kata dah boleh ambil kunci rumah...wife aku apa lagi..dia bilang "boleh sudah survey2 barang..." aku paham ke excitan nya atu...aku pun nyatu..memang banyak tenaga masa dan wang ringgit yang akan diperlukan dalam Tahun ni...bagi aku..yang penting buat masa ni..dapatkan kunci dulu..pas tu mau bawa tukang untuk buat pemeriksaan defects, costing kalau nak buat renovation..aku rasa paling kurang pun terbang jua RM30k ...harap2 dengan kemurungan ekonomi dunia ni harga barang binaan akan jadi murah..ada jua baiknya masalah ekonomi ni..tapi jgn murung terus lah kan..

Jumaat lalu (9hb Jan) aku dah tukar semula opsyen dari KWSP kepada Pencen...aku rasa aku dah buat pilihan yang betul akhirnya..aku memang pantang dengan KWSP ni..simpan duit org tapi nak keluarkan punya lah susah.. apa pun, yang penting ada tambahan la gaji yang diterima nanti bila kwsp dah tak dipotong. Alhamdulillah...ada juga bikin tambah2 renovate rumah..

Thursday, January 8, 2009

4hb-7hb Januari 2009- kembara penuh hikmah

LUQMAN OH LUQMAN

AHAD- 4HB JANUARI 2009

Sememangnya betul bilang org,ada masanya nasib kita bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Tragedi yang menimpa Luqman,hero sulong aku tu tidak terhenti sekadar ‘back slab’ yg dihadiahkan untuk sikunya.Pagi Ahad lepas aku tergerak hati untuk bawa Luqman ke Klinik Swasta, nama klinik tu Klinik Medisinar tapi sebenarnya lebih terkenal dgn panggilan klinik dr kaila. Dr kaila memang sorang doctor yg teliti selain dari dr Ahmad di likas. Melihat saja x ray siku Luqman yg dibuat di Hospital Likas, Dr kaila terus rujukkan anak aku semula ke Hospital Likas untuk rawatan pakar tulang.Setelah menelefon kawannya Dr Salahuddin iaitu Pakar tulang di bahagian Orthopedik Hospital Likas, dr kaila mengeluarkan memo untuk unit Orthopedik Hospital Likas. So aku pun bawa luqman (bersama isteri) ke Hospital Likas dan mendaftar semula di kaunter bahagian kecemasan. Dalam menunggu giliran dalam barisan di kaunter, aku sempat menyaksikan pertengkaran antara seorang bapa dengan kakitangan kaunter akibat sedikit salah faham. Apa yang aku paham,ianya berpunca dari tekanan. Tekanan seorang bapa yang mahukan rawatan segera ke atas anaknya dan tekanan kerja kakaitangan yg mengendalikan kaunter pada masa itu. Aku time tu panas jualah, tapi panas sebab kena matahari pagi…bila sampai turn aku, semuanya ok, dan Luqman kena admit ke Wad Melur 3 ditingkat 6. Bila dapat katil di wad melur tu, aku rasa ok jua tempat ni mun kan dicompare di Queen dulu masa si emir kena admit dulu.memang jauh bezanya, sampai aku nda terfikir mau minta 1st class atau 2nd class yang mungkin lebih selesa. Ada hikmahnya mungkin aku nda terpikir pasal tu. Nanti aku kasitau apa hikmahnya.

Kebetulan semasa baru sampai di wad, ada doctor yang boleh buat keputusan apa yg patut dilakukan terhadap Luqman. Hanya dengan melihat X ray Luqman, dia terus kata ‘operate, tomorrow, 1st in the list’. Luqman seperti biasa, melontarkan berbagai soalan yg memaksa otak aku mencari jawapan yg lojik dan dia mampu untuk paham. Tu pun ikut kemampuan aku jua lah.mun nda tau, aku senyap ja lah.. Bila dah masuk wad, sudah jadi rutin utk ambil darah pesakit. Bab ni aku n wife risau..sebab adegan cucuk mencucuk akan berlaku. Bila datang ja nurse mau cucuk tangan luqman, aku sibuk ambil gambar, tapi disebabkan samada kemontelan luqman ataupun nurse tu yg nda terer, urat luqman nda kejumpaan..dah 4 kali cucuk, jarum masuk ubat tu gagal dilekatkan ditangan luqman.maknanya akan ada sesi kedua.cian luqman. Malamnya, dengan sekali cucuk, akhirnya usaha melekatkan jarum ditangan berjaya.yg bestnya, luqman relaks ja..ataupun dia mamai nda sedar kena cucuk jarum.

So malam pertama aku dalam wad kanak-kanak ni yang paling aku rasa ialah…sejuk..aku ni tahan jua sejuk tapi tewas jua aku. Aku bingung mcmana mau tidor..bukan nda dapat tido,memang aku awal ngantuk,masalahnya aku segan mau tidur.kalau aku tidur kuak lentang di satu katil kosong sebelah luqman,confirm satu wad tu terganggu dengan siren aku yg agak boleh tahan nyaringnya..haha..dengkur lah apa lagi..so, aku pun tidur, tapi dalam keadaan duduk. Tu ja yg boleh kasi senyap aku tidur.tapi terbangun mau tau berapa kali..rasa macm mau tercabut kepala melentuk ke bawah…mostly penjaga pesakit di wad tu join the party tidur sekali dengan pesakit. bayangkan aku berduet dgn luqman..silap haribulan,dengan aku sekali kena simen,bukan pasal patah tapi bunyi hon tidur semulajadi aku.

Cerita serius sikit..semalaman aku di wad kanak-kanak yg mcm2 kecederaan diorang tanggung di usia fragile tu…aku rasa takut..bukan takut dengan kecederaan diorang..tapi kebarangkalian benda yg sama terjadi kepada anak-anak aku atau anak2 buahku…deritanya..tangisan kesakitan..kalau org dewasa pun meraung apatah lagi kanak-kanak. Siapa ba yg suka tanggung derita dan kesakitan gitu. Mau salahkan kenakalan kanak-kanak, namanya pun kanak-kanak.aku dulu pun sama, selagi nda sakit, nda berhenti. Sakit tamparan, cubitan mak ayah lebih baik dari cucukan jarum dan pahitnya ubat di hospital. Masalahnya, mampukah kita mengawasi anak-anak tani tu setiap masa. Ada ketika bila kita awasi, tiada apa yg buruk berlaku tapi bila kita yakin tiada apa yang buruk akan berlaku, masa tu lah mcm2 yg buruk berlaku. Bila difikir balik, jawapannya ada dalam salah satu rukun iman, percaya kepada Qada’ dan Qadar. Siapa lah kita mau menentang ketentuan Tuhan. Kita boleh elak bahaya di Jalanraya, di hutan atau laut, tapi kalau Tuhan kata kita jatuh dalam tandas yang menyebabkan lumpuh, mcmana??? Selalunya, bila jadi perkara begini, kita selalu persoalkan kenapa kita yang menanggung penderitaan tu, bukan orang lain??Siapa ba kita ni yg mau mengatur segalanya?? Pada peringkat ini lah iman kita teruji..sejauh mana kita redha dengan musibah yg menimpa? Kalau kan ditanya, tiada sorang pun mau ditimpa musibah..tapi kalau ditimpa juga???berkerut dahi, sempit dada, kecik dunnia ni rasanya..langsung kita nda pernah teringat lafaz..Inna Lillahi Wa Inna Lillahi Rajiu’n….itu ajaran nabi kalau kita ditimpa musibah..kita mcmana???lafaz yg selalu terlintas di hati, ‘sial’..’malangnya aku’..’pundek’ dan mcm2 lagi carut marut yg canggih-canggih.

Berbalik kepada pengalaman dan hikmah yg aku perolehi selama berada di wad Luqman..aku nampak dan aku lihat kanak-kanak yg sakit atau cedera dalam lingkungan bawah 10 tahun dan ada bawah 5 tahun. Mereka ini dijaga samada ayah atau ibu atau kakak atau makcik. Aku berani mengatakan bahawa pengorbanan mereka ini patut disanjung oleh siapa saja yg melihat.Kesanggupan bersengkang mata, mencuci najis dan kencing..sudah cukup untuk menyanjung mereka ini..namun, sebagai manusia biasa yg lemah, kenampakan juga reaksi2 ketidakredhaan dengan musibah yang Tuhan turunkan ini di setiap tutur kata dan perbuatan mereka terhadap si kecil itu. Bukan senang menilai iman seseorang..selagi tidak teruji dengan musibah..janganlah anggap diri itu sempurna. Aku sendiri la,nda payah tunjuk org lain..aku selalu menganggap tangisan Luqman tu satu gangguan dan cuba menghentikan tangisannya dengan sikap garang, kununnya untuk mendiamkannya…atau menakutkanya..nda bulihkah aku lebih bersabar dan bertenang??apa ba yg aku rugi kalau aku lebih bersabar??Dia kan kanak-kanak???Tiada dosa..bersih…matinya menjadi ahli syurga..yang aku ni???

Adakalanya aku terfikir apa yang berlaku dengan c luqman ni hanya lah satu ruang yang Tuhan sediakan untuk aku lebih mengenali diri aku sebagai ayah kepada Luqman. Aku melihat kanak-kanak lain di wad ini dan aku melihat Luqman. Aku dapat rasakan betapa bertuahnya aku mempunyai anak seperti Luqman walaupun dengan segala kelemahan maupun kelebihannya. Aku juga menyedari betapa bertuahnya Luqman memiliki satu keluarga yang cukup menyayanginya. Aku selalu lupa Luqman adalah seorang kanak-kanak yang masih cuba memahami kehidupan. Aku sering mendesaknya berkelakuan orang dewasa sedangkan hakikatnya dia belum dewasa. Aku juga sering lupa bahawa kelahiran Luqman telah membawa satu kegembiran dalam hidup aku kerana kelahirannya aku layak dipanggil seorang ayah. Dia waris ku dan generasiku.Dialah yang akan mendoakan aku nanti. Dia bukan beban tapi tanggungjawabku.mengapa aku mengeluh dalam melaksanakan tanggungjawab???Telah terlampau lama aku nda memuhasabah diri, dan dalam wad ini aku melihat diri aku belum dapat melaksanakan tanggungjawab itu sewajarnya dan secukupnya. Aku harap selepas ini aku akan dapat mengenali dan memahami siapa itu Luqman…sebahagian dari diri aku memang ada dalam dirinya..dan itu adalah Kuncinya. Dan wad in adalah garis pemulaannya, aku harap aku belum terlewat.

5hb Januari 2009

Lepas subuh, sibuk aku ambil gambar pemandangan sekitar dr tgkt 6 Hospital Likas.

Jam 8.45 pagi- Luqman dibawa ke bilik bedah.aku dibenarkan masuk tapi hanya setakat menyaksikan luqman dibius/ditidurkan untuk tujuan pembedahan. Melihat ubat bius dimasukkan melalui jarum yang dicucuk di tangan kanan luqman semalam aku menjadi sayu bila melihat matanya terus tertutup.airmatanya mengalir dan dilap oleh doctor bius.

Jam 10.30 pagi- luqman sedar dari bius dalam keadaan menangis.Kesan bius mengganggu emosinya.Dibawa balik ke wad..simen tangannya semakin berat sebab tangannya disimen penuh,Cuma tinggal jari ja.

1pm- Luqman dah boleh makan terus..makan terus ..rehat dan makan lagi….

2pm-4pm – Luqman rehat

4pm-6pm- Luqman turun dr katil jalan-jalan. Sakit dah kurang. Atas arahan doctor,aku bawa luqman ke tingkat 1 untuk X ray lagi.Kunun-kunun lepas Xray kalau semua ok, boleh balik.

6pm- 8pm-. Diorang babu, bapa wana, anak aku no.2 dan 3, mimi dan emir dan anak buahku jian, datang melawat. Disusuli Khairul, Wife dia dan anaknya Alya datang melawat Luqman

8pm-12pm- Luqman mengantuk awal, tido trus.aku tak tau nak buat apa, cuba recall apa yg dah berlaku dan dengar lagu…sampai tertido

6HB JANUARI 2009

4.30am - aku terbangun, luqman pun tbangun, mengadu sakit tangan,aku adjust tangannya dan kedudukannya di katil tu. Baru dia rasa selesa. Pesakit lain masih tido,aku ambil kesempatan pegi mandi,dah semalaman aku nda mandi pasal sajuk bah di hospital ani.

5.30am- lepas sembahyang subuh,aku nda tau mau buat apa. Buat air minuman teh boh pek yang dibawa dr rumah. Makan dgn biskut Jacob..nyaman jua lah.

6am-8am- aku lepak dgn luqman, cerita2..jawab soalan2nya..ada nurse datang kasitau doktotr pakar akan datang cek dan keputusan samada luqman boleh balik atau nda. Wife datang. Nurse kata penjaga Cuma dibenarkan seorang. So, aku pun kuar pegi pejabat jap,wife jaga luqman di wad.

9.45am- aku terima sms dari wife kata doctor pakar dah cek dan benarkan luqman balik hari ni.masa tu aku di pejabat, terus ke hospital.pack barang dan hantar ke kereta.nurse kasitau mungkin petang luqman boleh balik pasal diorang mau sediakan documentation berkaitan sebelum discharge luqman.aku suruh wife pegi balik dulu.luqman nampak ceria mau balik.Banyak cakapnya masa kan tunggu keluar hospital tu.

1pm- doctor yg selalu attend luqman tiba2 buat lawak..dia bawa mesin grind simen..aku pun nda tau apa nama mesin tu tapi kalau kena tangan atau jari memang putus la.bilangnya mau buat ‘window’ di bahagian siku yang masuk wire tu.Luqman macm kena tekan switch melalak nangis ketungkalan.jgnkan luqman, aku pun tungkal.Baygkan doctor yg selalu nya bermain dgn pen,kertas dan kdg2 alat2 perubatan, tiba2 pegang alat yg biasanya dikendalikan oleh tukang kayu!mau nda tungkal!puas pujuk2..rela dalam tangis si Luqman membiarkan si doctor ani meng Grind simen disikunya..terhasil lah ‘window’ yg dimaksudkan..yang mensuspensi kan aku lagi..lepas window dah dibuka..doktor tu buat muka confuse..datang senior nurse..dengan muka terkejut Tanya doctor tu untuk apa window tu…si doctor ni pun dengan confuse kata, dalam catitan doctor pakar arahkan buat open window…so, dia pun buatlah…aku pun tergamam..dan terfikir..begini rupanya doctor di Malaysia ni..they dun even know what they are doing??so..terbuka lah window di simen tangan luqman tu…misteri window ni akan aku aju kan kepada yang pakar…kadang2 bila aku perhatikan prosedur kerja dari nurse sampai lah ke doctor pakar..aku teringatkan Dr. House…dan kuncu2nya…tapi di Malaysia ni..aku dah tabalkan dengan confusenya doctor yang attend c luqman tu sebagai Dr. Window….aku rasa dia pun sendiri malu dengan si Luqman masa tu…aku nda sabar mau tengok reaksi siapa yang buat review di Hospital Queen 15hb Jan ni nanti..mesti diorang pun confuse dengan misteri window tu.Aku akan cakap Dr. window yg bertanggungjawab buat window tu…nanti kita tahu, siapa yang kena!!!!

2.30pm…Luqman sampai di rumah mentua ku di kg likas..aku rasa lebih baik sepanjang tempoh bersimen ni, luqman rehat di rumah mentuaku. Selain aku n wife, ada juga org tua yg boleh tengok2 kan luqman.lagipun,aku risau jua nanti luqman akan dikerjakan oleh si emir..kalau di likas ni, perhatian si emir terarah ke tempat lain..so kira ok lah..

8pm- diam-diam rupanya malm ni ada special occasion di rumah mentua ku ni..ada rombongan datang merisik adik ipar ku yg paling bongsu…baru yang datang ani bukan keluarga sembarangan…buat masa ni aku nda da kuasa mau announce siapa…tapi aku dapt rasa majlis kali ani menggulung habis majlis pkahwinan anak-anak mentua ku sebelum ani…tahniah lah…majlis kahwin nanti confirm Grand Brilliance…Grand Master..Grand Prix..dan Grand mother…belum apa-apa,kakak2nya dan kakak2 iparnya yang excited…for the next 6 months..bizi body lah masing2…al maklumlah adik paling last…bagi aku..she deserve the best..perjalanan hidupnya nda semudah yg disangka…karas jua lah semangatnya mun kan dikira..dapat jua ia pakai topi ampat sagi atu..yang aku sure..bapa n babu (mentuaku) mesti rasa puas berjaya melaksanakan tanggungjwab mereka yang bagi aku bukan mudah untuk dilakukan oleh sesiapa…aku memang memandang tinggi dengan semangat dan pendirian mentuaku ani..harap2 aku dapat mencontohi,mun nda semua, sebahagian daripada kelebihan yang ada dengan mentuaku ani.

7HB JANUARI 2009

7pm..aiseyman..terlepas subuh lah..Astagfirullahal azim…mungkin kekenyangan makan roti jala semalam.Kasi bangun budak, mandikan,pakai baju dan hantar gi Yayasan Sabah.so far so good..diorang happy pegi sekolah. Lepas hantar diorang, aku balik likas Lap badan luqman, kasi minum sarapan dan sediakan buku bacaan dan lap top untuk dia layan boring…lepas tu aku pegi ke Gadika sekolah agama Luqman, hantar Sijil Sakitnya..aku minta buku teks tapi belum sampai.. mungkin esok. lepas tu ke st agnes kasi MC luqman sama guru kelas 2 jujur…..lepas tu aku pegi opis jap..update jadual..re organize court cases aku..aku cuba adjust agar aku tak kena outstation sampai 15hb Januari..tarikh review Luqman..Alhamdulillah,aku available untuk bawa luqman gi Review di HQE. Aku rasa aku kena main peranan lebih sebab wife aku bukannya senang nak dapat keluar dari sekolah..cuti rehat pun 7 hari ja setahun..mana yang aku dapt adjust..aku cuba adjust dulu…kadang-kadang aku rasa bernasib baik juga diletakkan dalam unit pendakwaan ni,sebab secara teknikalnya..aku tidak akan terikat dengan segala urusan dipejabat.Most of the time aku berurusan dgn mahkamah.kena marah pun,oleh hakim ja…yang paling menarik perhatian aku,bos aku masih nda cam aku..khairul izwan (rakan sekerja aku) cerita kat aku tadi, bos kitaorang panggil dia (khairul) dengan nama aku ‘awang’…hahaha..maksudnya…bos nda cam aku..so,aku ada ke takda ke,does not make any different..let keep it that way..nda hairan lah..aku pun jarang di opis ..kalau di opis berkurung dalam bilik beku tu…aku ada satu submission yg belum buat..kes tawau..belum datang seru untuk aku buat…dengan luqman yg macm tu..lagi la aku ndada semangat mau buat..nantilah..akan terbuat jua tu nanti..

11pm..aku lepak dengan luqman,sambil ditemani oleh kak yan dan wawa..(anak buah-anak c wati) layan jalah omongan diorang yg penuh fantasi tu. Main game..sampai wife balik..aku sebenarnya sedar yang darah aku semakin naik..berat aku masa timbang di hospital ari tu..87kg!!!!lebih berat dari sebelum pergi training dulu..balik training 80kg,sekarang ada lebihan dagangan 7kg..mcmana mau kasi kurang tu..ibu jari kaki kiri aku pun dah kebas semacm..belakang kepala dah sakit mcm darah laju naik ke kepala..bikin aku fening-fening lalat…so aku pun terhampai di katil.

2.30pm- dalam mamai2 aku terdengar suara kak lina (kakak iparku) bersarita dgn c alin (wifeku)..kalau dah lama dia datang maka pastinya dia telah mendengar deruman motorboat ku…aduh,malunya…tapi buat bodoh ja lah..

4.50pm- ambil mimi dan emir dari yayasan sabah..terus pegi rumah di inanam ambil pakaianku dan baju renang mimi.

7pm- aku mau lepas geram sebab pening kepala aku menjadi2..kalau dibiar,confirm darah tinggi ni..so, aku pegi Dewan Shan Tao,main badminton..aku dah nekad untuk banyak buat jumping smash,peduli lah masuk ka tidak.aku mau kasi keluar peluh sebanyak mungkin..menjadi la pula mainan ku..yang jadi mangsa c yazid(rakan sekerja)..kena drive ball di dahi…aku pasang azam mau turunkan berat badan ke 80kg semula..kalau dapat lagi bawah kira bonus lah..boleh ba tu..Cuma aku ja yang malas…malas exercise..tapi makan nda control…kalau boleh aku mau turunkan berat badan c luqman tu..banyak masalah kalau badan gemuk ni..contohnya..seluar sekolah..pakaian jalan..susah mau cari..sayang ba dulu bisai sudah badannya..silap aku jualah..bila dah start dengan minum milo..kembang terus..salah satu sebab juga mengapa tangannya patah…off balance..dan beban berat yang membuatkan momentumnya masa jatuh kuat…so..badan sihat minda cerdas..!!!!

Saturday, January 3, 2009

Tragedi Januari 2009

Inanam.. 3hb Januari 2009, lebih kurang jam 9pm, aku dikejutkan dengan satu bunyi..mcm benda jatuh..kemudiannya disusuli dengan pekikan tangisan c luqman,sambil memegang tangannya..dari cara dia menangis dan memegang tangan di kawasan sikunya, aku nda sedap hati sudah..bila aku pegang tangannya..luqman kata sakit..sebab aku bukan doktor dan aku kata dengan luqman kena pegi hospital..luqman menambah volume tangis sendunya sambil berkata "nda mau potong"..dalam panik tu aku rasa nak tergelak jua tapi belum ada mood sebab aku risau tangannya patah..aku pecut bawa luqman ke hospital likas..buat x ray..dan disahkan ada sedikit retak di sikunya..so,apa lagi..paitong simen tarus...thanks to bg mie, lutpi and seorang sahabat yg aku lupa mau tanya nama tapi handphonenya telah merakam apa yg terjadi dibilik rawatan..so harap2 kita atur la bg mie masukkan dlm blog kita atau send arahku atau c alin mun bulih. sekarang jam 12.16 tgh malam,4hb Jan..esok 5hb Jan dah buka sekolah tapi rasanya biar tah c luqman extend cutinya..bapanya punya skul jua tu..malam pertama c luqman tidur dengan penuh tata susila..kontrol tangannya yg bersimen tu...mun nya skul, ada problem sikit dalam memakai pakaiannya..yg kesiannya..time kan berbasuh lepas buang air besar...lain lagi ancaman2 dari c emir..yg bisainya..pagi nanti bila emir dan mimi bangun, mesti diorang bingung pasal luqman..lepas tiga minggu baru boleh buka simennya..bah..lama tu..takut luqman ja nda tahan...gatal tu bah yg merisaukan..ndapa lah..harap2 capat sembuh..aku terpikir..tragedi sama luqman ni masanya mesti bila cuti sekolah nak habis..last time masa koyak hidung pun time cuti dan mau habis cuti..diperiksa oleh Penolong Pegawai Perubatan yg sama pulak tu..thanks bro..namanya Asyadzul Sayzwan..harap2 nda hatrick la lepas ni depan dia lagi Luqman!!!

Friday, January 2, 2009

Muhammad Mirza Rahmani

it's 6.14pm..2/1/2009..location somewhere aroundabout..kesinambungan drp cerita anak aku..yang nombor dua..namanya Muhammad Mirza rahmani..nama glamour..mimi..cousin nya(jian-anak c wati/mukti) yg mulakan dgn panggilan tu..masa kan kasi namanya Rahmani atu..kisahnya bermula masa pakcik wife aku Hj Abd Rahman(Asai) dari Brunei datang ke ke likas dirumah mentua ku Haji Matussin ag Damit. So lepas bincang dgn wife,untuk ambil berkat Asai kami pun agree tambah 'Rahmani' sebagai tribute kepada Asai. maka jadilah Muhammad Mirza rahmani..walaupun agak panjang tapi kami puas hati sebab...nya kan wife ku..sbelum kami kahwin, Asai pernah menyatakan 'restunya' kalau aku mengahwini anak buahnya (ehem..my wife la)..dan yang sebetulnya semasa asai masih sihat..aku memang suka bercerita2 sama ia..cahaya kesolehannya nampak di mukanya..senang ja hati melihat ia...masa raya tahun lepas aku besyukur dapat bersalam dan jumpa asai, tapi faktor usia dan kemampuan berkomunikasi membataskan aku berbual dgnnya..tapi aku puas dapat melihat wajahnya..semoga Allah melindunginya dan memberkatinya..

pasal c mimi ani..banyak jua kisah yg boleh diceritakan..setakat yg termampu..dia lahir pada 24hb Disember 2003 di specialist KK hospital Luyang..mun ku nda silap..c mimi ani ada sikit lain..nda berapa susah kan dijaga..relax ja..suka senyum.. bila dah makin membesar..mcm budak2 lain la kan...ada nakal sikit tapi masih senang dikontrol...pemalu sikit..kawan aku pernah kata muka c mimi ni macm muka pak lawak..memang pun..kalau kena marah, selamba ja dia jawab balik..kalau mau tidur..suka minta garu belakang..hehehe..bab ni dia memang ikut aku masa kecil..nda pcaya tanya mak aku dan ayah aku..selagi aku blum tidur selagi tu aku nda kasi diorang stop garu belakang aku..tahun 2009 ni mimi naik tadika 2 di tadika ria YS..harap2 aku boleh detect kecenderungannya..yg sure mun d rumah,dia cenderung main game dengan mulut yg tidak ditutup rapat..atau melangap..laya-laya..kadang2 liur keluar sendiri..aku pernah ternampak dia kelam kabut lap liurnya yang terkeluar takut org lain nampak..yg dia nda tau,aku nampak tapi dia nda perasan..ketawa sendiri dia bah..aku apa lagi..sakit perut menahan ketawa..
mun dilihat muka c mimi..keningnya ikut keniing umminya..hidung ikut hidung mentuaku..mulut melangap tu, ha atu ikut aku...memang melangap tu perangai ku..nanti aku cari gambar ku masa baby duduk atas kursi mengadap kamera dan terlangap...fizikal..akhir2 ni..mcm kan ikut aku ja..tapi best kalau jadi bantal peluk..ngam2..ditakul/peluk..tapi dengkurnya..pun macam aku..asal yg nda best..mesti ikut aku..

satu lagi yg aku perasan,c mimi ni akan jadi athlete..ha yg ni mcm aku of course...kalau main badminton..boleh relay at least 2-4 kali dengan aku...bolasepak, ada gaya bila dia tahan bola guna tapak kaki,yg terbaru..volleyball..aku baru ajar sikit cara 'dig' /spang bola, dia boleh buat sudah walupun mengaduh kesakitan tangan..so aku akan make sure dia akan kuasai salah satu bidang sukan ani..at least boleh jadi 'main player' mcm aku di Universiti dulu..(volleyball)

Yang penting..kehadiran mimi bertambah menyerikan lagi hidup aku dan wife dan abgnya luqman..Siapa2 yg sudi... doakan kami sekeluarga selamat dunia dan akhirat ...

Thursday, January 1, 2009

10.52pm-1hb Jan 2009

lepas solat isyak tadi,kira2 jam 8pm aku dengan penuh semangat pegi ke opis..kunun kan bikin claim outstation bulan 12..tapi..mickey mouse aku punya pc rusak la plak...bikin panas..apa lagi...balik trus..buat claim d rumah..esok mau pegi cari mangsa untuk sain claim atu..cuti punya pasal,ramai pegawai cuti..so..jadi kucing la esok..mana yang ternampak akan ku sambar..minta sain..mcm artis daaaaa!!!

on the way balik dr opis..sendawa angin puting beliun keluar dari perut ku yang dah semakin menonjolkan dirinya...ntah apa hal tiba-tiba berangin perut aku..padahal sebelum maghrib tadi dah membelasah coto makasar di sinar mustika restoran di inanam baru tu..bila pikir punya pikir..mana inda..hari ni banyak minum air berkarbonat..aing be ges nya urg kitani...padan muka aku dan perut aku..nasib ada pil chi kit teck aun...ntah bila punya aku jumpa dalam bilik atas lantai dekat katil umah aku..belasah ja dulu..Alhamdulillah ada sikit kurang..masih blum selesa..

hehehe..lama aku depan laptop ni..kunun kunun kan upgrade features dalam blog ani.. tapi...kwang kwang kwang.. inda ku merati...so aku pun tekan itu tekan ini..baca blog c along, c akmal, c alin, bg mie..sampai kelaparan..idea aku ada sudah untuk blog ku ani..tapi ..kemampuan mau kasi jadi itu idea..aisok..yindada tau..sblum aku boring..tercipta lah coretan ani..

esok c luqman, anak aku yg penuh dgn persoalan diminda nya, akan mendaftarkan diri masuk tahun 2 di sekolah rendah St Agnes Likas..kehebatan c luqman ani memang ada..cuma ia balum lagi kasi keluar..dari bacaan aku la kan, c luqman ada ciri-ciri yang sama dgn aku..tapi kalau yg negatif atu harap2 nda sampai ke tua lah...dari segi fizikal..confirm sama..kening fotostat..muka brutal tapi hati lembut..kalau ia merengek..sabiji mcm aku dulu..aku selalu marah dia pasal aku nda mau ia jadi mcm aku dulu..tapi wat to do..namanya pun dah anak sendiri..walaupun malar dimarahi..luqman tatap dengan seribu satu persoalan...kalau dalam teknik siasatan kes jenayah, what,why,where,when and how..adalah elemen penting yg mesti ada, aku rasa mun c luqman jadi penyiasat..menangis penuh penyesalan penjenayah wooo...aku sama c alin kdg2 tpikir...mcmana lah cigu2 c luqman menjawab soalan2nya..mentua laki ku selalu puji luqman pasal bacaan Fatihahnya..aku perasan anak aku no 1 ni mcm cenderung ke aliran agama..bayangkan soalan2 yg dia tanya aku pasal agama...satu soalannya yg aku terkedu..kenapa smbhyg subuh 2 rakaat????simple kan soalannya..jawapan???simpul mati otak mikirkan jawapan yg lojik untuknya.

esok penyampaian sijil belajar quran c luqman sempena cuti sekolah di masjid ums...mudahan2 Luqman akakn terus cenderung minatnya ke arah atu...tapi dalam dunia sekarang..kena balance jua..jgn jadi macm aku..bila masuk bab math, sains n kemahiran...hampeh..jgn harap...silap aku sendiri..kena suruh hafal sifir..aku tidur..nasib baik ada calculator dalam handphone..bulih jua lah..setakat takan-takan nombor..

mun kan bcerita pasal c luqman, memang banyak..banyak kenangan..apa pun..dia tetap unik di mata dan di hati aku..classic value yg ada sama dia..memang berasal usul dari aku..so..kalau aku marah dia..actually aku marahkan diri aku sendiri sebenarnya..padan muka aku..marah lagi..

cerita anak aku yg kedua dan ketiga akan menyusul di episod akan datang. Gambar diorang blum dapat di paparkan..sebab..borang tender untuk kontraktor yang akan ajar aku mcmana mau buat blum di print..so..kamu sabar ja..bagi mereka yang nda kenal aku n my family...bersedialah untuk mengenali kami..